CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 6 Ogos 2008

PAS akan bantu Anwar - Salahuddin

PAS akan berganding bahu dengan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP untuk mempastikan Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding di Permatang Pauh.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.

"Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh," katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan peletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Dato' Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail.

Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.

BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.

Anwar sebelum ini tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kerana dikenakan hukuman penjara enam tahun akibat tuduhan salahguna kuasa sekaligus satu sekatan berpolitik telah dikenakan ke atas beliau selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Bagimanapun sekatan bergiat aktif dalam aktiviti politik (termasuk bertanding dalam pilihn raya) telah tamat April lalu dan beliau boleh aktif semula dalam kegiatan politik.

Gantikan Tugu Negara, kata mufti

Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.

Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.

dr asri mufti perlis blog comment on pak lah on hari pahlawan flower at national monument 040808Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri), Dr Mohd Asri berkata:

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

"Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."

Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.

"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis.

"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.

Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.

Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.

Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.

Rabu, 23 Julai 2008

Pemuda PAS Arau Di Mesyuarat PAS Kawasan Kali Ke-34

Baru-baru ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau menghadiri Mesyuarat PAS Kawasan Kali ke 34 yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Bukit Mas, Ulu Pauh.

Seramai 15 orang pemuda menjadi perwakilan dalam mesyuarat tersebut yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah yaitu YB Ir.Amiruddin Bin Hamzah.

Pemuda telah membawa 2 usul dalam memperkasakan Parti di peringkat kawasan Arau khususnya. Antara usul tersebut ialah faktor kekuatan ekonomi yang perlu untuk menggerakkan program-program di bawah tadbiran PAS Kawasan Arau selain usaha untuk mengisi dana PAS Kawasan Arau sendiri.

Satu lagi usul yang dikemukakan ialah struktur organisasi yang perlu diperkemaskan di setiap peringkat.

Gambar-gambar sekitar Mesyuarat PAS Kawasan Arau kali ke 34

Ketua Pemuda Kawasan
Sebahagian Perwakilan Pemuda Kawasan
Usul apa tu....
Khusyuk pencatat minit kita ni.......

Selasa, 22 Julai 2008

Pemuda PAS Perlis sokong pendirian Presiden

(Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) berdiri teguh dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Adbul Hadi Awang sebagaimana yang telah dimuatkan dalam Harakah keluaran 13-28 Rejab 1429/ 16-31 Julai 2008 dan juga dalam ceramahnya di Kedah baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman meminta pimpinan PAS yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat menunjukkan sifat-sifat Islam, akhlak Islam dan cara hidup Islam untuk menjadi contoh dan teladan.

"Presiden PAS menyatakan wajib kepada kepimpinan PAS menyatakan hukum Islam, pendirian Islam, ajaran Islam dan bukannya memaksa orang kepada Islam supaya orang bukan Islam tahu apa itu Islam dan supaya mereka tahu apa yang diamalkan oleh Umno itu bukan ajaran Islam.

"Kata beliau, bahawa kita adalah pemimpin yang istiqamah, yang konsisten, yang adil dan baik. Insya-Allah kita akan sama-sama dapat memelihara kerajaan kita dan menambahkan kekuatan kita,"ujarnya.

Katanya lagi, DPPPs amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya.

"Kami juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara,"jelasnya.

Tegasnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya mengambarkan perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.

"Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.

"Perlu diingatkan kepada seluruh ahli PAS bermula dari ahli biasa sehinggalah kepada pimpinan atasan, tujuan penubuhan PAS seperti dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2001),' BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BIL MA�RUF WAN NAHYU �ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan PARTI ISLAM SEMALAYSIA'.

"Selain itu, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran dan keadilan (Islam).

"Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS. Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak," ujarnya.

DPPPs juga menegaskan, bahawa PAS bukannya parti melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana atau dianggap seperti bola yang boleh ditendang kesana-kemari. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

"Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya. Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.

"Justeru DPPPs mengulangi sokongan kami terhadap kenyataan yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden PAS baru-baru ini dan berdiri teguh di belakang kepimpinan beliau," katanya lagi.

Gagal kes mahkamah, kerajaan Pahang akan 'disita'?

(Hrkh) - Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Fadly Ramli berkata, kerajaan Umno Pahang serta Terengganu dan Perlis adalah antara kerajaan negeri yang bergegar selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Menurutnya, kerajaan Umno di Perlis, Terengganu bergegar apabila berlaku krisis pertukaran menteri besar manakala kerajaan Pahang bergegar dengan krisis dalaman Umno yang membawa kepada peletakan setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

ImageSelain itu, kata Fadly kerajaan Pahang juga digegarkan dengan isu perbicaraan kes saman membabit kerajaan Negeri dengan sebuah Syarikat Pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd.

Menurut Fadly, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengeluarkan perakuan perintah untuk amaun penghakiman terhadap kerajaan Pahang pada 7 Mac 2008 yang lalu berdasarkan peghakiman di Mahkamah sama bertarikh 25 Mei 2007 telah dihakimkan kepada defendan (kerajaan negeri dan pengarah perhutanan Pahang) supaya membayar kepada Plantif (Seruan Gemilang Makmur Sdn BHd) sebanyak RM37,127,471.60 dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Dicember 2000.

Jelas Fadly, Plantif telah berjaya di dalam samannya di Mahkamah Tinggi Kuantan dan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya terhadap defendan dan kini sedang menunggu keputusan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di negara ini.

Fadly yang juga merupakan seorang peguam bagi Plantif berkata, pihak plantif dijangka akan memfailkan saman untuk menyita kerajaan negeri Pahang jika gagal membayar amaun yang telah diputuskan itu.

Katanya jika kerajaan negeri Pahang disita ia adalah kes yang pertama di dunia apabila kerajaan disita atas perintah mahkamah.

"Saya telah berbincang dengan beberapa peguam mengenai kes berkenaan (untuk menyita kerajaan Pahang), dan ada peguam berpendapat ia boleh dilakukan manakala ada juga peguam berpendapat tidak boleh.

"ini adalah kes pertama di dunia yang membabit kerajaan disita atas perintah mahkamah," katanya ketika berceramah pada 'Program Bersamamu' anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dekar sini baru-baru ini.

Dalam ucapan sama Fadly berkata, Umno sudah berada di penghujung kuasa apabila melakukan pelbagai perkara yang mendukacitakan sama ada dari segi politik mahu perundangan.

Dari segi perundangan umpamanya, kuasa yang ada telah disalahguna untuk melindungi pemimpin parti itu dimana jika membabit pemimpin Umno tidak meneruskan pendakwaan seperti di dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Rompin yang mencabul seorang wanita beberapa bulan lalu.

Katanya, kes berkenaan tidak diteruskan atas alasan wanita berkenaan telah menarik balik balik laporannya sedangkan di dalam perundangan tiada istilah kes ditarik balik.

Menurutnya di dalam undang-undang ada seksyen tertentu di mana perempuan berkenaan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu terhadap ahli parlimen Rompin.

"Kenapa mereka tidak mendakwa perempuan berkenaan di bawah seksyen berkenaan,"soalnya.

Isnin, 21 Julai 2008